Assalamualaikum.
hari ini mungkin sihat,
esok mungkin sakit,
hari ini ketawa,
esok mungkin menangis.
Ujian.
Cabaran.
Dugaan.
Kesedihan.
Kesakitan.
Kehilangan.
Allah menguji kesabaran dan keimanan hambaNya.
Okay, sedikit mukadimah untuk tatapan rohani saya
sendiri :D
Seribu kemaafan untuk kelewatan mengupdate blog
kali ini. Beribu berjuta maaf aku pinta walau menyedari ini kesilapan sendiri.
Urusan dunia takkan pernah selesai. Semakin lama
semakin sibuk dengan urusan yg di buat buat sibuk. Sakit datang kiri kanan.
Masalah keluarga rakan kewangan tak pernah tak singgah.
Biar berjuta alasan. Tetap satu perkataan aku
ingin ungkapkan.
MAAF !
Shiuhhh..buang semua. Ini muka surat baru !!
Lagi telegram dihantar oleh burung merpati putih
dari langit biru sana untuk si adik manis bernama Nurul Syahirah Mohd Noor
untuk membuat tugasan hari ini yang bertajuk
“ Tiga
benda penting yang saya perlu ada jika saya terdampar di laut “
Wow wow wow, tak pernah terfikir. Minta dijauhkan
ujian seberat ini untuk aku.
Persoalannya, apakah tiga benda itu ???
Satu, PISAU
Dua, KOMPAS
Tiga, CERMIN MATA
Kenapa kenapa kenapa?
Haha, ini mungkin logic pada pandangan aku.
Biarlah orang rasa tak penting. Ini yang aku perlu.
KENAPA PISAU?
Kerana dengan pisau aku boleh nak potong memotong
pelbagai jenis benda keras di pulau sana. Kalau aku tangkap ikan pon, aku
perlukan pisau untuk menyiang. Kalau aku nk panjat pokok pon, aku perlukan
pisau untuk mengambil buah buah yang ada.
Dan yang paling penting, pisau itulah aku rasa
sangat sesuai sebagai pelindung aku. Alatan untuk aku melindungi diri. Biar aku
rasa selamat.
KENAPA KOMPAS?
Haaa..ini mungkin pelik. Sebab aku beragama
Islam. So aku perlukan kompas untuk aku tahu arah kiblat solat. Jenis aku, tak
pandai nak tentukan arah menggunakan baying ke bentuk bintang semua tu. Jalan
selamat, aku perlukan kompas. Tiada keraguan untuk orang jenis macam aku.hee
KENAPA CERMIN MATA?
Dah rabun macam aku perlu sangat cermin mata. Dah
macam nyawa aku sendiri cermin mata tu. Kemana aku pergi aku perlu cermin mata
untuk melihat. Biar sesat ke hutan, biar terdampar di pulau mana, biar naik ke
planet mane, tetap tu benda paling wajib ada dengan aku.
Betullah, dari darjah empat pakai cermin mata.
Kawan gelarkan aku mata empat.haha..nampak tak betapa pentingnya cermin mata tu
untuk aku?kekeke…
Itulah alkisah tiga barang penting yang perlu aku
ada jika aku terdampar di pulau. Walau pon aku harap perkara ni takkan terjadi
kepada aku. Walaupon terdampar di pulau, biarlah aku terdampar di Pulau Redang
ke, Pulau Langkawi ke…atau Pulau Pinang? Haaaa..itu seronok! HAHA :D
Senyumanjetjet ;)
No comments:
Post a Comment