Pages

Wednesday, September 25, 2013

Berbasi Basikal ! ;D

Kadang Kadang,
Aku lupa nak cari masa untuk aku,
Aku lupa nak menghargai diri aku,
Aku lupa nk belai manja badan aku,
Aku lupa masa dah banyak tinggalkan aku.
Kadang Kadang,
Aku rindu masa dulu dulu aku,
Aku rindu kawan dulu dulu aku,
Aku rindu mainan dulu dulu aku,
Aku rindu tempat dulu dulu aku,
Aku rindu kehidupan dulu dulu aku.

Sekarang,
Sebelum aku lupa,
Aku cuba.
 Cuba nak buat semua aktiviti dulu dulu aku,
Biarlah, aku cuba guna masa sebaiknya untuk aktiviti dulu dulu aku.

Assalamualaikum, salam malam khamis !
Eh, malam? Malam laaa, esok tiada kelas !

Pantun dua rangkap untuk pensyarah aku berbunyi :

Berbasi Basikal Bersama Teman,
Terima Kasih Encik Hasman !
(",)

Bukan nak cerita sangat pasal berbasikal pon. Sebab tak payah cerita semua orang dah tahu dah cara dia. Haha.
Follow ini step :
          Satu : Pilih Basikal
          Dua  : Pastikan keadaan basikal selamat untuk digunakan
          Tiga  : Duduk 
          Empat : Kayuh jelah......... 

So, dah habis cerita pasal basikal aktiviti berbasikal aku ! Hahaha

Moment Berbasikal aku click dan masukkan dalam blog aku sebenarnya ada sebab dia.

Aku taip dulu dulu kadang kadang bagai kat atas tu, ni la nak kongsi pendapat aku sikit:

Pertamanya,
Aku heran bila aku nak berbasikal. Budak budak pon ade jugak. Kat rumah xde basikal ke dik?Tak heranlah kan.budak budak sekarang mengadap ipad ipod ipung itu ini sampai juling mata.
Mak ayah pulak memang tak bagi dah anak anak kayuh basikal. pergi sekolah hantar.Balik sekolah pergi ambik.Anak pon dah gedabak macam karipap gedabak inti sardin tu.  ops !
Dulu dulu aku bukan main kayuh basikal berbatu. Sampai tengok basikal rasa benci meluat.
Tapi, sekarang aku cari balik basikal tu. Bayar pon aku sanggup nak berbasikal konon.
Rindu, aku rindu zaman muda dulu dulu nak kayuh basikal konvoi ramai ramai pergi sekolah pergi tuisyen sume tu.
Rindu !

Keduanya,
Aku heran kenapa aku naik basikal pon kena bayar. Minyak naik???kak abang adik, naik basikal tak payah minyak kan. Baby pon tau nak jawab soalan ni. Bayar tiket masuk dah laaa. Nak berbasikal beriadah pon payah sekarang. Heran.
Rindu, aku rindu zaman dulu dulu aku berterabur basikal kat rumah. Bosan naik basikal aku, aku kebas abang kakak aku punya basikal. Kena marah, tak heran pulak aku. Haha. Sebab dulu, tu je transport yang mampu. Sekarang budak budak naik moto dah. Yang up lagi mak ayah terus kasi kereta. Tu yang sanggup bayar nak naik basikal. Tu pon kira Alhamdulillah budak budak sekarang pandai lagi naik basikal.Argh,
Rindu !

Ketiganya,
Aku lagi heran bila aku kesana nak berbasikal bagai tu, aku rasa macam pinjam basikal dengan suku kaum cina.Mana melayu adik kakak abang aku sesama Islam ni? Rasa macam aku memang datang dengan mereka semata mata nak berbasikal. Satu cina, dua cina, tiga cina. Haishh. Tinggi kesedaran mereka tentang bersukan beriadah. Melayu melepak. Kagum dengan mereka. Sungguh.
Rindu, aku rindu dulu dulu bermain ngan kawan kawan. Bermain ngan melayu kampung.mane ade cina india semua. Orang kampung. Mainan pon memang betul mainan tradisional melayu la. Batu seremban, congkak semua tuu.
Rindu!


Mungkin esok lusa aku kerja kahwin ade anak semua, teringat zaman dulu dulu pon dah tak boleh buat ape dah. Paling tak tengok anak naik basikal.Haha.

Sebab aku  paling rindu nak berbasikal, aku cari masa.
Aku jumpa masa tu,
Aku berbasikal,
Terubat rindu,
Rindu kat aktiviti berbasikal aku dulu,
Aku tak puas,
Tapi aku syukur,
Masih gagah perkasa kayuh basikal naik turun bukit,
Terima Kasih Tuhan, 
Berkesempatan merasai moment moment dulu,
Click Click Click,
Bunyi handphone aku,
Gambar untuk aku simpan,
Kenangan berbasikal di usia separa tua.
Aku kongsi dengan kalian di momentclicks.blogspot.com ! ;p





Itu sedikit aktiviti berbasi basikal bersama teman, rakan dan sahabat. Banyak pula aktiviti aktiviti lain perempuan bersama teman. Sedih, stress, dan dukacita aku, aku buang disini bersama peluh peluh kayuhan berbasikal. Yang tinggal gembira dan semangat untuk aku mulakan kuliah dan kelas tahun akhir yang beribu juta cabaran ! 






SATU lagi, 
Satuu je lagi.
Sedikit pesanan bersama.
Dunia, jangan dengar cakap orang.
Hidup kita, kita hadapi.
Gembira sedih kita rasa. 
Orang tak peduli,
Bosan,
bosan dengan mulut mulut tak baik orang.
SO,
Coret dan simpan semua moment yang kita suka okay !

Ini,
Mungkin sedikit keras kasar ganas,
Ini,
Ini gambaran dan AMARAN untuk mereka mereka yang suka cakap kutuk apa yang kita buat !
TAPAK KASUT ? Hahaha !
OK, OVER ! Heh.

Alang alang kayuh basikal, biarlah sampai berjam,
Alang alang datang, terjahlah semua tempat sampai hujung,
Mungkin esok aku tido lebih dari 6 jam,
Sesi mengupdate blog juga sudah sampai penghujung. :D

Yeay,
Yeay,
Yeay,
Esok tiada kelasssssssssss !

 

terakhir dan berakhirnya,
Gembira.

Babai !


WEDNESDAY, 11:16 PM
senyumanjetjet ;)





1 comment: