Pages

Thursday, November 7, 2013

HIJRAH ? Apa pengertiannya kepada aku ?

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanaN
Hijrah itu perjuangan

Hijrah itu persaudaraan

Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

ASSALAMUALAIKUM, SELAMAT PAGI DAN SALAM MAAL HIJRAH.

Dulu,
Sebut saja HIJRAH, aku boleh faham maksud dari segi bahasanya sahaja iaitu perpindahan.
Sekarang,
Dari segi istilah, bermacam macam maksud aku dengari..salah satunya ialah berpindah daripada sesuatu yang buruk kepada yang lebih baik.

INGAT TAK, lagu maal HIJRAH, yang lirik kat atas tuuuu..haaaa..semua tahu..
zaman kanak-kanak riang aku dulu bila cikgu sebut HIJRAH, satu kelas berpakat nyanyi lagu tuu..seronok !
Padahal, tak tahu pape pasal HIJRAH..itu, sedih  !

Sebelum aku cerita bagitahu apa pengertian hijrah kepada aku, ni sikit nak cerita pasal pengalaman dulu dulu aku pasal maal HIJRAH ni :)
Kalau dulu, aku konon retis, konon suara sedap..suka sangat masuk Nasyid,
Lagi lagi bila hari Maal HIJRAH ni, sekolah aku akan anjurkan pertandingan nasyid sempena Maal HIJRAH,
COP, aku SOLO okay,
ulang,
SOLO !
Haha...
Tapi, pengertian HIJRAH entah kemana.
Nasyid peringkat sekolah pon aku masuk, sempena HIJRAH
Ingat lagi, tajuk lagu nasyid aku pon HIJRAH,
Meh, aku acah acah nyanyi sikit..ingat lagii niiiii....kekekeke

HIJRAH...
 HIJRAH.... mengajar kita berubah
Menuju tamadun ummah gemilang wawasan hidup diberkati
Maju membangun di segala segi 
HIJRAH...
HIJRAH...meningkatkan ilmu dan keimanan
Membina diri kearah bertakwa..
ERRR..sampai tu saje..lirik tak ingat habis.....;p

Kalau lah dari dulu tahu penegrtian hijrah sebenar.........

TAPI, apa sebenarnya pengertian HIJRAH kepada aku ?

Sebelum tu, aku berterima kasih kepada En. Hasman..Walaupon bagi aku tajuk ni agak Islamik untuk subjek ni..
Tapi, bila dengar tajuk yang diberi oleh beliau, KAKU? MALU?TERKEJUT?
Ya Allah....
Terus terfikir, ade ke pengertian hijrah untuk aku?
Mendalam ke erti HIJRAH tu untuk aku?
Betul ke aku sudah hayati apa maksud HIJRAH tu pada usia seTUA ini?
Terima Kasih.
Terima Kasih untuk tajuk yang buat aku sedar betapa ceteknya penghayatan aku dalam bab bab begini.
TERIMA KASIH !

HIJRAH,
Aku boleh coretkan disini maksud HIJRAH tu kepada diri aku adalah, setiap kali bermula tahun baru,aku mesti berazam nak jadi lebih baik,
tak kisah lah dari segi ape pon.
Erti HIJRAH tu untuk aku adalah berubah.
BERUBAH daripada bekelakuan buruk kepada baik.
Tak tahu lah kenapa, tapi bila aku tahu hari Maal HIJRAH, terus dalam kepala ni.
* Baca DOA awal tahun dan Akhir tahun
* Mesti dah set dalam kepala apa benda baik aku nak buat tahun ni.
*Tak nak buat dah dosa dosa sebelum ni.
ERTI kata lain, memang nak berubah bila sebut HIJRAH.
Biasanya juga,
HIJRAH juga bagi aku bukan setahun sekali, kadang kadang bila duduk termenung pon boleh terfikir nak HIJRAH.
Maksud aku, niat HIJRAH aku ni bukan setahun sekali..kadang tu sampai setiap masa berniat nak berHIJRAH.

Sebelum ni, aku lambat lambatkan solat, sekarang aku nak HIJRAH biar aku solat pada awal waktu.
Sebelum ni, bercakap kasar mengalahkan lelaki, sekarang biarlah aku HIJRAH bercakap biar lembut lembut..kena gaya pada perempuan yang penuh sopan santun budinya.
Sebelum ni, aku selalu keluar malam, sekarang kalau boleh aku nak HIJRAH biarlah malam tu ade dalam rumah je..sebab semua pon tahu, sebaik baik tempat untuk anak perempaun adalah rumahnya.
Sebelum ni, aku suka marah marah, sekarang aku nak HIJRAH biar aku dapat kawal marah aku.
Sebelum ni, aku suka ketawakan orang, sekarang biarlah aku HIJRAH untuk lebih menghargai orang.
Sebelum ni, kalau berpakaian mungkin tidak menutup aurat,sekarang aku nak HIIJRAH biar berpakaian untuk menutup aurat bukan untuk berfesyen..mungkin lambat HIJRAH ini, aku cuba perlahan lahan. Aku cuba.
Sebelum ni, aku berkasar dengan kedua ibu bapa aku, sekarang aku nak HIJRAH..aku nak lenih menghormati mereka,lebih menghargai mereka..
Sebelum ni, aku makan banyak sebab tu gemuk, sekarang aku nak HIJRAH untuk kurangkan makan biar turun berat..EHHH? Tetap berHIJRAH bukan ? heee ;)

Mungkin itu sedikit pengertian HIJRAH untuk aku..
aku tahu, SEDIKIT.
Tapi bagi aku, aku tetap cuba...menghayati lebih dalam pengertian HIJRAH itu sendiri,,
Bukan untuk orang lain, tapi untuk aku.
Bila bila masa, kita boleh lakukan pengHIJRAHan.
Semoga Allah bukakan hati aku dan memberi hidayah untuk aku.
Biar aku mulakan langkah pengHIJRAHan !

ITULAH, erti HIJRAH untuk aku !

PESANAN KEPADA AKU :
Mari BERHIJRAH,
TO BE A BETTER ME !
nampak tak, nampak tak?
Tajuk blog aku. BE.BETTER.ME
-Melangkah setiap tapak ke lorong kemantapan diri- :)

Sempena tahun baru, ayuh lah kita berHIJRAH. Niat tuu..NIAT tu penting;D
Wallahualam.

babai
Senyuanjetjet ;)

2 comments:

  1. Well you're most welcome... begin with small steps but 'istiqamah'.
    Wish all you the best in your endeavor

    ReplyDelete