Pages

Wednesday, September 25, 2013

Berbasi Basikal ! ;D

Kadang Kadang,
Aku lupa nak cari masa untuk aku,
Aku lupa nak menghargai diri aku,
Aku lupa nk belai manja badan aku,
Aku lupa masa dah banyak tinggalkan aku.
Kadang Kadang,
Aku rindu masa dulu dulu aku,
Aku rindu kawan dulu dulu aku,
Aku rindu mainan dulu dulu aku,
Aku rindu tempat dulu dulu aku,
Aku rindu kehidupan dulu dulu aku.

Sekarang,
Sebelum aku lupa,
Aku cuba.
 Cuba nak buat semua aktiviti dulu dulu aku,
Biarlah, aku cuba guna masa sebaiknya untuk aktiviti dulu dulu aku.

Assalamualaikum, salam malam khamis !
Eh, malam? Malam laaa, esok tiada kelas !

Pantun dua rangkap untuk pensyarah aku berbunyi :

Berbasi Basikal Bersama Teman,
Terima Kasih Encik Hasman !
(",)

Bukan nak cerita sangat pasal berbasikal pon. Sebab tak payah cerita semua orang dah tahu dah cara dia. Haha.
Follow ini step :
          Satu : Pilih Basikal
          Dua  : Pastikan keadaan basikal selamat untuk digunakan
          Tiga  : Duduk 
          Empat : Kayuh jelah......... 

So, dah habis cerita pasal basikal aktiviti berbasikal aku ! Hahaha

Moment Berbasikal aku click dan masukkan dalam blog aku sebenarnya ada sebab dia.

Aku taip dulu dulu kadang kadang bagai kat atas tu, ni la nak kongsi pendapat aku sikit:

Pertamanya,
Aku heran bila aku nak berbasikal. Budak budak pon ade jugak. Kat rumah xde basikal ke dik?Tak heranlah kan.budak budak sekarang mengadap ipad ipod ipung itu ini sampai juling mata.
Mak ayah pulak memang tak bagi dah anak anak kayuh basikal. pergi sekolah hantar.Balik sekolah pergi ambik.Anak pon dah gedabak macam karipap gedabak inti sardin tu.  ops !
Dulu dulu aku bukan main kayuh basikal berbatu. Sampai tengok basikal rasa benci meluat.
Tapi, sekarang aku cari balik basikal tu. Bayar pon aku sanggup nak berbasikal konon.
Rindu, aku rindu zaman muda dulu dulu nak kayuh basikal konvoi ramai ramai pergi sekolah pergi tuisyen sume tu.
Rindu !

Keduanya,
Aku heran kenapa aku naik basikal pon kena bayar. Minyak naik???kak abang adik, naik basikal tak payah minyak kan. Baby pon tau nak jawab soalan ni. Bayar tiket masuk dah laaa. Nak berbasikal beriadah pon payah sekarang. Heran.
Rindu, aku rindu zaman dulu dulu aku berterabur basikal kat rumah. Bosan naik basikal aku, aku kebas abang kakak aku punya basikal. Kena marah, tak heran pulak aku. Haha. Sebab dulu, tu je transport yang mampu. Sekarang budak budak naik moto dah. Yang up lagi mak ayah terus kasi kereta. Tu yang sanggup bayar nak naik basikal. Tu pon kira Alhamdulillah budak budak sekarang pandai lagi naik basikal.Argh,
Rindu !

Ketiganya,
Aku lagi heran bila aku kesana nak berbasikal bagai tu, aku rasa macam pinjam basikal dengan suku kaum cina.Mana melayu adik kakak abang aku sesama Islam ni? Rasa macam aku memang datang dengan mereka semata mata nak berbasikal. Satu cina, dua cina, tiga cina. Haishh. Tinggi kesedaran mereka tentang bersukan beriadah. Melayu melepak. Kagum dengan mereka. Sungguh.
Rindu, aku rindu dulu dulu bermain ngan kawan kawan. Bermain ngan melayu kampung.mane ade cina india semua. Orang kampung. Mainan pon memang betul mainan tradisional melayu la. Batu seremban, congkak semua tuu.
Rindu!


Mungkin esok lusa aku kerja kahwin ade anak semua, teringat zaman dulu dulu pon dah tak boleh buat ape dah. Paling tak tengok anak naik basikal.Haha.

Sebab aku  paling rindu nak berbasikal, aku cari masa.
Aku jumpa masa tu,
Aku berbasikal,
Terubat rindu,
Rindu kat aktiviti berbasikal aku dulu,
Aku tak puas,
Tapi aku syukur,
Masih gagah perkasa kayuh basikal naik turun bukit,
Terima Kasih Tuhan, 
Berkesempatan merasai moment moment dulu,
Click Click Click,
Bunyi handphone aku,
Gambar untuk aku simpan,
Kenangan berbasikal di usia separa tua.
Aku kongsi dengan kalian di momentclicks.blogspot.com ! ;p





Itu sedikit aktiviti berbasi basikal bersama teman, rakan dan sahabat. Banyak pula aktiviti aktiviti lain perempuan bersama teman. Sedih, stress, dan dukacita aku, aku buang disini bersama peluh peluh kayuhan berbasikal. Yang tinggal gembira dan semangat untuk aku mulakan kuliah dan kelas tahun akhir yang beribu juta cabaran ! 






SATU lagi, 
Satuu je lagi.
Sedikit pesanan bersama.
Dunia, jangan dengar cakap orang.
Hidup kita, kita hadapi.
Gembira sedih kita rasa. 
Orang tak peduli,
Bosan,
bosan dengan mulut mulut tak baik orang.
SO,
Coret dan simpan semua moment yang kita suka okay !

Ini,
Mungkin sedikit keras kasar ganas,
Ini,
Ini gambaran dan AMARAN untuk mereka mereka yang suka cakap kutuk apa yang kita buat !
TAPAK KASUT ? Hahaha !
OK, OVER ! Heh.

Alang alang kayuh basikal, biarlah sampai berjam,
Alang alang datang, terjahlah semua tempat sampai hujung,
Mungkin esok aku tido lebih dari 6 jam,
Sesi mengupdate blog juga sudah sampai penghujung. :D

Yeay,
Yeay,
Yeay,
Esok tiada kelasssssssssss !

 

terakhir dan berakhirnya,
Gembira.

Babai !


WEDNESDAY, 11:16 PM
senyumanjetjet ;)





Thursday, September 19, 2013

Time Machine ! ( doraemon doraemon )


Ehem ehem, acah acah letak gambar pergi Legoland satu! hahaha...

P/S : hold dlu moment di Legoland sebab hari ini punya task bukan bebas..



Hai dan Assalamualaikum!
Selamat pagi Khamis makhluk Allah semua...hekhek ;p

Task sudah tiba seperti telegram atau postman..datang rumah knock knock knock terpaksa membuka pintu dan menerima arahan untuk mengupdate blog!!

haaaaaaaaaaaa..tajuk??

Tajuk bahasa melayunya berbunyi begini apa yang akan anda lakukan jika anda boleh kembali ke masa lampau?

whatttt???
mustahil okay....hahaha

sebenarnya, kalau ade time machine boleh putar putar putar halim macam dalam rancangan Roda Impian tu aku nak pusing kejap je..pergi Legoland balik nak main games pusing pusing sampai 2 3 kali..hahaha..okay, sori. bahang Legoland tak habis lagiiii..;DD

baiklah baiklah , Doreamon dah bunyi nak tukar masa tu..dia nak guna dah time machine untuk aku.
so,
aku serius. ok, aku serius.
Aku nak jadi pelajar sekolah rendah balik..nak nak nak !
sebab?
let me tell you my dear friends.
Sebabye, aku nak betul betul prepare belajar masa upsr..so aku dapat masuk sekolah bagus bagus.
Yer yer, sekolah aku dah bagus dah...Sekolah Menengah Agama Tok Jiring..dah bagus...aku yang tak bagus..kekeke..
Aku nak lebih terdedah dengan banyak banyak ilmu dunia dan akhirat..
Lagi??
Sebabnya lain yakni sebab utama aku nak balik zaman sekolah rendah tu aku nak lebih banyak tanya tentang belajar di universiti..perit payah lelah semua. Aku nak tahu macam mana keras aku perlu belajar biar aku dapat belajar pada masa sekarang dengan tajaan bukan PTPTN!!!
Pointnye sekarang, aku letih pikir nak bayar semua hutang hutang tu...hikhik.

Bila aku dapat balik masa sekolah rendah aku tu..aku boleh plan betul betul hidup aku..taknak susahkan mak abah..dapat tajaan belajar banyak siap boleh bagi belanja mak abah semua..itu sedih kan?sebab mmg tak dapat la nak buat sekarang..mak abah, anakanda mintak maaf okay..nanti dah kerja irah tolong mak abah sampai senang..sampai tak payah pikir dunia duit semua dah..dah boleh buat ibadah dengan tenang dah..nak pergi haji lagi sekali pon irah akan tolong..janji janji..Janji doakan anakandamu berjaya dunia akhirat dapat ilmu berkat berkat..amin :))))

Okay sudah!
Nah pantun gedik sikit!

Tanah dalam englishnya di panggil land,
Minggu lepas aku bersuka ria di Legoland,
Di Legoland ade jugak couple yang ber'date',
Untuk minggu ni aku dah siap updateeeeee!!.

EKKKK?? hahahaha ;p
 Berakhir sesi contengan kedua di momentcliks!

Babai !
THURSDAY,9.45 AM
senyumanjetjet ;)



Thursday, September 12, 2013

Oh Pertama Tama Kalinya ;D

Selamat Selamat
Selamat Pagi Petang Siang Malam
Assalamualaikum

HARI INI TAK TAU NAK MAKAN APA
TENTANG BLOG AKU TAK TAHU APA APA
ESOK ATAU LUSA MUNGKIN AKU AKAN LUPA
TETAPI INI BLOG PUNYA SIAPA ? Kekeke :)
  • namapenuhNurul|SyahirahMohdNoor 
  • namafacebookSyahirahMohdNoor                      
  • namaistagramsyahirahjetjet
  • maksudnamapulaYangTersohor ;D    
Contengan Pertama ( Wednesday, 9.51 AM )

ceritanya di kelas menerima arahan untuk membuat blog. kelam kabutnya, dengan buta IT nya marilah wahai rakan sekelas bikin blog sesederhana mungkin.
begitulah alkisahnya pertama aku conteng dalam ini blog di dalam makmal 657 Fakulti Business Uitm Shah Alam.

Tapi tapi tapi aku masih punya goal atau tujuan aku juga bikin ini blog !

MOMENTCLICKS !
clik click click
setiap kemanisan kebaikan kemurnian dalam hari hari aku aku akan click dan simpan dalam box blog aku sendiri.
Sharing sesuatu yang manis indah istimewa di sini seperti kata mereka sharing is caring ! Bukankah ?

Ok, update blog untuk minggu pertama done ! (ini tujuan asal )

Babai!

senyumanjetjet;)