Pages

Thursday, November 7, 2013

HIJRAH ? Apa pengertiannya kepada aku ?

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanaN
Hijrah itu perjuangan

Hijrah itu persaudaraan

Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

ASSALAMUALAIKUM, SELAMAT PAGI DAN SALAM MAAL HIJRAH.

Dulu,
Sebut saja HIJRAH, aku boleh faham maksud dari segi bahasanya sahaja iaitu perpindahan.
Sekarang,
Dari segi istilah, bermacam macam maksud aku dengari..salah satunya ialah berpindah daripada sesuatu yang buruk kepada yang lebih baik.

INGAT TAK, lagu maal HIJRAH, yang lirik kat atas tuuuu..haaaa..semua tahu..
zaman kanak-kanak riang aku dulu bila cikgu sebut HIJRAH, satu kelas berpakat nyanyi lagu tuu..seronok !
Padahal, tak tahu pape pasal HIJRAH..itu, sedih  !

Sebelum aku cerita bagitahu apa pengertian hijrah kepada aku, ni sikit nak cerita pasal pengalaman dulu dulu aku pasal maal HIJRAH ni :)
Kalau dulu, aku konon retis, konon suara sedap..suka sangat masuk Nasyid,
Lagi lagi bila hari Maal HIJRAH ni, sekolah aku akan anjurkan pertandingan nasyid sempena Maal HIJRAH,
COP, aku SOLO okay,
ulang,
SOLO !
Haha...
Tapi, pengertian HIJRAH entah kemana.
Nasyid peringkat sekolah pon aku masuk, sempena HIJRAH
Ingat lagi, tajuk lagu nasyid aku pon HIJRAH,
Meh, aku acah acah nyanyi sikit..ingat lagii niiiii....kekekeke

HIJRAH...
 HIJRAH.... mengajar kita berubah
Menuju tamadun ummah gemilang wawasan hidup diberkati
Maju membangun di segala segi 
HIJRAH...
HIJRAH...meningkatkan ilmu dan keimanan
Membina diri kearah bertakwa..
ERRR..sampai tu saje..lirik tak ingat habis.....;p

Kalau lah dari dulu tahu penegrtian hijrah sebenar.........

TAPI, apa sebenarnya pengertian HIJRAH kepada aku ?

Sebelum tu, aku berterima kasih kepada En. Hasman..Walaupon bagi aku tajuk ni agak Islamik untuk subjek ni..
Tapi, bila dengar tajuk yang diberi oleh beliau, KAKU? MALU?TERKEJUT?
Ya Allah....
Terus terfikir, ade ke pengertian hijrah untuk aku?
Mendalam ke erti HIJRAH tu untuk aku?
Betul ke aku sudah hayati apa maksud HIJRAH tu pada usia seTUA ini?
Terima Kasih.
Terima Kasih untuk tajuk yang buat aku sedar betapa ceteknya penghayatan aku dalam bab bab begini.
TERIMA KASIH !

HIJRAH,
Aku boleh coretkan disini maksud HIJRAH tu kepada diri aku adalah, setiap kali bermula tahun baru,aku mesti berazam nak jadi lebih baik,
tak kisah lah dari segi ape pon.
Erti HIJRAH tu untuk aku adalah berubah.
BERUBAH daripada bekelakuan buruk kepada baik.
Tak tahu lah kenapa, tapi bila aku tahu hari Maal HIJRAH, terus dalam kepala ni.
* Baca DOA awal tahun dan Akhir tahun
* Mesti dah set dalam kepala apa benda baik aku nak buat tahun ni.
*Tak nak buat dah dosa dosa sebelum ni.
ERTI kata lain, memang nak berubah bila sebut HIJRAH.
Biasanya juga,
HIJRAH juga bagi aku bukan setahun sekali, kadang kadang bila duduk termenung pon boleh terfikir nak HIJRAH.
Maksud aku, niat HIJRAH aku ni bukan setahun sekali..kadang tu sampai setiap masa berniat nak berHIJRAH.

Sebelum ni, aku lambat lambatkan solat, sekarang aku nak HIJRAH biar aku solat pada awal waktu.
Sebelum ni, bercakap kasar mengalahkan lelaki, sekarang biarlah aku HIJRAH bercakap biar lembut lembut..kena gaya pada perempuan yang penuh sopan santun budinya.
Sebelum ni, aku selalu keluar malam, sekarang kalau boleh aku nak HIJRAH biarlah malam tu ade dalam rumah je..sebab semua pon tahu, sebaik baik tempat untuk anak perempaun adalah rumahnya.
Sebelum ni, aku suka marah marah, sekarang aku nak HIJRAH biar aku dapat kawal marah aku.
Sebelum ni, aku suka ketawakan orang, sekarang biarlah aku HIJRAH untuk lebih menghargai orang.
Sebelum ni, kalau berpakaian mungkin tidak menutup aurat,sekarang aku nak HIIJRAH biar berpakaian untuk menutup aurat bukan untuk berfesyen..mungkin lambat HIJRAH ini, aku cuba perlahan lahan. Aku cuba.
Sebelum ni, aku berkasar dengan kedua ibu bapa aku, sekarang aku nak HIJRAH..aku nak lenih menghormati mereka,lebih menghargai mereka..
Sebelum ni, aku makan banyak sebab tu gemuk, sekarang aku nak HIJRAH untuk kurangkan makan biar turun berat..EHHH? Tetap berHIJRAH bukan ? heee ;)

Mungkin itu sedikit pengertian HIJRAH untuk aku..
aku tahu, SEDIKIT.
Tapi bagi aku, aku tetap cuba...menghayati lebih dalam pengertian HIJRAH itu sendiri,,
Bukan untuk orang lain, tapi untuk aku.
Bila bila masa, kita boleh lakukan pengHIJRAHan.
Semoga Allah bukakan hati aku dan memberi hidayah untuk aku.
Biar aku mulakan langkah pengHIJRAHan !

ITULAH, erti HIJRAH untuk aku !

PESANAN KEPADA AKU :
Mari BERHIJRAH,
TO BE A BETTER ME !
nampak tak, nampak tak?
Tajuk blog aku. BE.BETTER.ME
-Melangkah setiap tapak ke lorong kemantapan diri- :)

Sempena tahun baru, ayuh lah kita berHIJRAH. Niat tuu..NIAT tu penting;D
Wallahualam.

babai
Senyuanjetjet ;)

Wednesday, November 6, 2013

Jika Aku Terdampar Di Pulau, TIGA Barang Apakah Yang Aku PERLU ?

Assalamualaikum.
hari ini mungkin sihat,
esok mungkin sakit,
hari ini ketawa,
esok mungkin menangis.

Ujian.
Cabaran.
Dugaan.
 Kesedihan.
 Kesakitan.
Kehilangan. 
Allah menguji kesabaran dan keimanan hambaNya.

Okay, sedikit mukadimah untuk tatapan rohani saya sendiri :D

Seribu kemaafan untuk kelewatan mengupdate blog kali ini. Beribu berjuta maaf aku pinta walau menyedari ini kesilapan sendiri.

Urusan dunia takkan pernah selesai. Semakin lama semakin sibuk dengan urusan yg di buat buat sibuk. Sakit datang kiri kanan. Masalah keluarga rakan kewangan tak pernah tak singgah.
Biar berjuta alasan. Tetap satu perkataan aku ingin ungkapkan.
MAAF !


Shiuhhh..buang semua. Ini muka surat baru !!
Lagi telegram dihantar oleh burung merpati putih dari langit biru sana untuk si adik manis bernama Nurul Syahirah Mohd Noor untuk membuat tugasan hari ini yang bertajuk
 “ Tiga benda penting yang saya perlu ada jika saya terdampar di laut “

Wow wow wow, tak pernah terfikir. Minta dijauhkan ujian seberat ini untuk aku. 

Persoalannya, apakah tiga benda itu ???

Satu, PISAU
Dua, KOMPAS
Tiga, CERMIN MATA

Kenapa kenapa kenapa?

Haha, ini mungkin logic pada pandangan aku. Biarlah orang rasa tak penting. Ini yang aku perlu.

KENAPA PISAU?
Kerana dengan pisau aku boleh nak potong memotong pelbagai jenis benda keras di pulau sana. Kalau aku tangkap ikan pon, aku perlukan pisau untuk menyiang. Kalau aku nk panjat pokok pon, aku perlukan pisau untuk mengambil buah buah yang ada.
Dan yang paling penting, pisau itulah aku rasa sangat sesuai sebagai pelindung aku. Alatan untuk aku melindungi diri. Biar aku rasa selamat.

KENAPA KOMPAS?
Haaa..ini mungkin pelik. Sebab aku beragama Islam. So aku perlukan kompas untuk aku tahu arah kiblat solat. Jenis aku, tak pandai nak tentukan arah menggunakan baying ke bentuk bintang semua tu. Jalan selamat, aku perlukan kompas. Tiada keraguan untuk orang jenis macam aku.hee

KENAPA CERMIN MATA?
Dah rabun macam aku perlu sangat cermin mata. Dah macam nyawa aku sendiri cermin mata tu. Kemana aku pergi aku perlu cermin mata untuk melihat. Biar sesat ke hutan, biar terdampar di pulau mana, biar naik ke planet mane, tetap tu benda paling wajib ada dengan aku.
Betullah, dari darjah empat pakai cermin mata. Kawan gelarkan aku mata empat.haha..nampak tak betapa pentingnya cermin mata tu untuk aku?kekeke…
Itulah alkisah tiga barang penting yang perlu aku ada jika aku terdampar di pulau. Walau pon aku harap perkara ni takkan terjadi kepada aku. Walaupon terdampar di pulau, biarlah aku terdampar di Pulau Redang ke, Pulau Langkawi ke…atau Pulau Pinang? Haaaa..itu seronok! HAHA :D
 Senyumanjetjet ;)